HARI
02 (11 Sept 2017): KUNDASANG TOUR
Jam
6.30 pagi, kami sudah turun ke Cottage Restaurant untuk sarapan pagi.
Cottage
Restaurant … menyediakan buffe halal untuk sarapan pagi.
Kami perlu segera memulakan lawatan ke Kota Kinabalu Park
untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dari dekat.
Sekiranya kami terlambat, kami akan terlepas peluang untuk
melihat puncak Kinabalu kerana awan akan mendahului kami dan menyelubungi
puncak gunung Kinabalu.
Alkhamdulillah, masing-masing dapat mengikuti waktu yang
telah di tetapkan sebagaimana dalam itineri.
Menu
sarapan pagi tidak banyak, tetapi menyelerakan.
Kopi yang dihidangkan
memang sedap, Kopi Tenum yang terkenal di Sabah. Habis secawan, tambah lagi
secawan … sampai habis kopi dalam balang tu.
Selesai
sarapan pagi, kami berehat seketika di lobby hotel sementara menunggu pemandu
van kami sampai.
Ada yang leka main
handphone dan ada yang mengambil peluang untuk mengeratkan silaturrahim.
Ada yang berborak
sesama sendiri.
Tak
tahu apa yang mencuit hati tiga jejaka ini, sehingga mereka tergelak sakan …
apa pun, yang pasti mereka ceria.
Masing-masing
menahan kesejukan pagi.
Cuaca
di luar hotel, pagi itu cerah tetapi agak sejuk, mungkin kerana masih awal
pagi.
Encik Rusli, pemandu van belum lagi tiba, jadi kami mengambil
kesempatan untuk merakamkan detik kegembiraan di bumi Kundasang.
Puncak
gunung Kinabalu kelihatan di belakang kami.
Indah
bersama puncak gunung Kinabalu.
Pemandangan
The Cottage Hotel di waktu siang.
Tepat jam 7.30 pagi, Encik Rusli pun sampai dan bersedia
untuk membawa kami melawat ke tempat-tempat yang tersenarai di dalam itineri
lawatan.
Masing-masing
mula menaiki van.
Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah KOTA KINABALU PARK
yang berjarak lebih kurang 7km dari The Cottage Hotel.
Dengan pemanduan agak perlahan, jam 7.45 pagi kami sudah
menghampiri pintu gerbang ke Kota Kinabalu Park.
Jam
7.45 pagi … sudah sampai.
Tiket masuk ke Kota Kinabalu Park ialah Rm15.00 untuk dewasa,
manakala kanak-kanak ialah Rm10.00.
Bagi mereka yang ingin mendaki puncak Kinabalu, perlu
mendapatkan permit di Pejabat Kinabalu Park dengan sedikit bayaran dan
syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Kami tidak berhasrat untuk mendaki, jadi selepas membeli
tiket, kami terus memandu melalui jalan yang agak sempit untuk sampai ke
setesen pendakian pertama yang dikenali sebagai Timpohon Gate.
Pondok Timpohon (Timpohon Gate) terletak lebih kurang 4 km dari pintu gerbang Kota Kinabalu Park.
Pondok Timpohon (Timpohon Gate) terletak lebih kurang 4 km dari pintu gerbang Kota Kinabalu Park.
Saya
dan THAR … di hadapan Pondok Timpohon
Semasa kami sampai di Timpohon Gate, ramai pelancung dan juga
pendaki telah tiba mendahului kami. Cuaca ketika itu cerah dan puncak Kinabalu
kelihatan dengan jelas, seakan boleh di capai dengan tangan.
Kami hanya meronda-ronda kawasan tersebut dan mengambil
gambar.
Kenangan
di Timpohon Gate.
Lagi
kenangan di Timpohon Gate.
Puncak Kinabalu di
belakang kami.
Pintu pagar JKR Ranau bersebelahan
dengan Timpohon Gate.
Puas
melihat keindahan puncak Kinabalu, kami meninggalkan Timpohon Gate dengan
seribu kenangan untuk ke DESA
CATTLE DIARY FARM
yang terkenal sebagai Malaysia New Zealand. 20 minit kemudian kami sampai di
pintu gerbang Desa Cattle Diary Farm (DCDF).
Pintu gerbang dan
kaunter tiket… DCDF.
Tiket
masuk ke Desa Cattle Diary Farm hanya Rm5.00 bagi setiap orang dewasa.
Welcome to Desa
Cattle Diary Farm.
Ladang lembu tenusu …
berhampiran kaki gunung Kinabalu.
Terletak
di tanah tinggi Mesilau, Kundasang, Desa Cattle atau di panggil Desa Farm
adalah sebuah ladang ternak tenusu yang dikatakan mempunyai suasana saperti
berada di luar negara. Tidak hairan ianya mendapat jolokan Malaysia New Zealand
Kumpulan lembu tenusu
yang di ternak di DCDF.
Berjalan dari kawasan
parkir ke bangunan utama pemprosesan hasil ternakan di sini.
Agak jauh juga
bangunan utama daripada kawasan parkir.
Bangunan utama
pemprosesan hasil ternak.
Antara barangan yang
di hasilkan di kilang ini.
Yoguet berbagai rasa juga hasil susu di
ladang ini.
Produk
keluaran dengan jenama “Desa” di jual di seluruh Sabah dan Sarawak serta
Semenanjung Tanah Melayu.
Geng Sembang Kedai
Kopi juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati ais krim yang sedap.
Destinasi
seterusnya ialah KUNDASANG
WAR MEMORIAL yang terletak di
Pekan Kundasang.
Pintu masuk ke Tugu
Peringatan Perang Kundasang.
Kundasang
War Memorial di bina sebagai memperingati askar-askar Australia dan British
yang di tawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Mengikut
catatan sejarah, semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia
dan Bristish di penjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun.
Tawanan
perang pertama tiba dari Singapura pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang
pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750
orang Bristish menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.
Mereka
di paksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun. Keadaan hidup yang
payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini.
Tentera
Jepun dan Pegawai Farmosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan
bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944.
Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang dan tidak
menghiraukan ancaman bunuh yang di keluarkan oleh tentera Jepun.
Catatan sejarah.
Terdapat
beberapa taman di dalam kawasan peringatan perang ini yang terletak di atas
bukit. Antaranya ialah taman Australia, taman British, taman New Zealand dan
taman Borneo.
Taman Borneo.
Taman Australia …
untuk mengenang jasa tentera Australia yang berhidmat di Sabah semasa
konfrantasi tahun 1962 hingga 1966.
Taman British …
sebagai mengenang jasa 641 tentera British yang mati semasa menjadi buruh paksa
Jepun.
Dari
Kundasang War Memorial, kami meneruskan kembara ke Pekan Ranau untuk makan
tengah hari. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Encik
Rusli membawa kami ke sebuah restoran yang agak popular di Pekan Ranau.
Restoran Anjung
Selera menjadi pilihan kami untuk makan tengah hari.
Menyediakan berbagai
jenis lauk pauk untuk di pilih.
Secara layan diri …
ambil sendiri lauk yang disukai. Sudah selesai makan baru bayar.
Di sini tidak perlu menuggu lama. Sistem layan diri sangat
memudahkan para pelanggan untuk mengambil lauk kegemaran mereka.
Walau pun restoran
ini agak kecil, tetapi kebersihannya di jaga rapi untuk memastikan pelanggan
tidak lari.
Restoran ini menjadi
tumpuan pelanggan semasa waktu makan tengah hari.
30
minit waktu yang diperuntukkan untuk makan tengah hari di pergunakan dengan
sepenuhnya sebelum kami beredar untuk ke Masjid Pekan Ranau.
MASJID
Ar-RAHMAN, Pekan Ranau hanya
lebihkurang lima minit perjalanan dari Restoran Anjung Selera. Kami datang
untuk ziarah dan tumpang solat.
Masjid Ar-Rahman,
Pekan Ranau.
Agak
dukacita kerana Masjid Ar-Rahman telah ditutup satelah mengalami kerosakan
semasa kejadian gempa bumi Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015.
Bumbung
masjid telah runtuh.
Lagi
runtuhan pada bahagian bumbung masjid.
Struktur utama bangunan masjid tersebut juga mengalamai
kerosakan yang teruk dan telah di sahkan tidak selamat untuk di gunakan.
Di fahamkan pihak kerajaan Negeri telah memperuntukkan Rm11
juta untuk membina semula masjid tersebut.
Kami
mendirikan solat zuhur dan jamak asar di bangunan sementara bersebelahan dengan
masjid asal.
Alkhamdulillah, selesai menjalankan kewajipan kepada Allah
swt, kami beredar untuk ke destinasi berikutnya iaitu PORING HOT SPRING.
Poring
Hot Spring … Visitor Center
Pintu masuk ke kolam
air panas
Kami
tidak perlu membeli tiket lagi kerana tiket masuk ke Kota Kinabalu Park boleh
digunakan untuk masuk ke ke Poring Hot Spring.
Untuk
sampai ke kawasan kolam air panas, kami perlu berjalan di atas jambatan konkrit
melintasi sungai yang deras airnya.
Jambatan konkrit
melintasi sungai
Alkhamdulillah
selamat menyeberangi sungai … saya dan DIDH bergambar di sini.
Sudah sampai di
kawasan kolam air panas Poring, kelihatan agak ramai pengunjung.
Kawasan kolam mandi
terbuka.
Setiap
pondok di lengkapi dengan kolam termasuk pili air panas dan air biasa.
Pondok yang lebih
besar, kolamnya pun besar.
Kami tidak mandi,
hanya merendam kaki sahaja.
Destinasi
seterusnya ialah TAGAL
SG. MOROLI KG LUANTI FISH SPA .
En
Rusli memandu van dengan kelajuan sederhana kerana cuaca mendung yang semakin
gelap dan keadaan jalan pula banyak rosak akibat gempa bumi 5 Jun 2015. Saya
hanya mengikurinya di belakang. Lebih kurang 45 minit, kami sampai ke
destinasi.
Welcome to Tagal Sg
Morili Kg Luanti Fish SPA
Kaunter tiket.
Semasa
kami sampai, mendung semakin gelap dan di jangkakan hujan akan turun bila-bila
masa lagi.
Walaupun
kaunter jualan tiket masih lagi buka, tetapi mereka menasihatkan agar tidak
membeli tiket dahulu kerana sekiranya hujan turun, kawasan tersebut akan
ditutup kerana air sungai mengalir dengan deras dan sangat merbahaya.
Tempat lalaun masuk
ke sungai Moroli.
Antara peraturan yang
perlu di patuhi.
Kawanan ikan yang terdapat di Sg.
Moroli … ikan-ikan tersebut akan mengerumuni kaki kita apabila kita rendam kaki
dalam air sungai.
Selain
daripada Fish SPA, di kawasan ini juga terdapat jambatan gantung merentasi
Sungai Morili.
Tangga naik ke
jambatan gantung.
Jambatan gantung
merintasi Sg. Moroli. Gayat juga menaiki jambatan ini.
Dengan
tidak semena-mena, hujan mulai turun dan semakin lebat.
Hujan turun dengan
lebatnya.
Punahlah
harapan kami untuk merendam kaki di Fish SPA di Tagal Sg. Moroli.
Kami segera berteduh di deretan gerai di tepi jalan menuju ke pintu masuk ke fish spa.
Kami segera berteduh di deretan gerai di tepi jalan menuju ke pintu masuk ke fish spa.
Kami minum kopi di
sini sementara menunggu hujan berhenti.
Hampir
sejam kami menunggu, tetapi tiada tanda-tanda yang hujan akan reda. Kami
sepakat untuk meninggalkan Tagal Sg. Moroli untuk ke Teh Sabah Plantation.
SABAH
TEA PLANTATION merupakan
destinasi terakhir program hari kedua. Terletak hanya lebih kurang 10 minit
pemanduan daripada Tagal Sg. Moroli.
Menghampiri Ladang Teh
Sabah.
Tanaman teh yang
menghijau sayup mata memandang.
Kami
terus ke Sabah Tea Restaurant & Tea Shop yang terletak di atas bukit. Cuaca
di luar masih lagi hujan renyai-renyai.
Sabah Tea …
restaurant & tea shop
Tea Shop yang menjual
berbagai jenis tea dan kopi.
Restoran
di sini juga menyediakan berbagai jenis menu dan yang pasti Sabah Tea adalah
menu utama.
Ramai juga pengunjung
yang makan & minum di sini.
Sebuah teko besar
bersebelahan restoran.
Saya dan DIDH sempat
mengabadikan pemandangan di sini.
\
Akhirnya kami meninggalkan
Sabah Tea Restaurant and Tea Shop.
Daripada Sabah Tea Plantation, kami terus balik ke hotel untuk berehat.
Malam itu ada yang keluar semula ke pekan Kundasang untuk makan Kentucky, katanya dah lama tak makan, teringin pulak ... agaknya ada yang mengidam.
Tinggal kami yang warga mas, makan steam boat di Cottage Restaurant atas ikhsan Tn Hj Kasni.
Mohon maaf sekiranya catatan ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, sesungguhnya catatan ini hanya rakaman sebuah kenangan.
Jumpa lagi di cacatan hari ketiga. Terima kasih.
Malam itu ada yang keluar semula ke pekan Kundasang untuk makan Kentucky, katanya dah lama tak makan, teringin pulak ... agaknya ada yang mengidam.
Tinggal kami yang warga mas, makan steam boat di Cottage Restaurant atas ikhsan Tn Hj Kasni.
Mohon maaf sekiranya catatan ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, sesungguhnya catatan ini hanya rakaman sebuah kenangan.
Jumpa lagi di cacatan hari ketiga. Terima kasih.
































































No comments:
Post a Comment