Ramadhan
menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang
paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kerana
bulan Ramadhan merupakan sebuah bulan yang amat mulia dalam kalendar Hijrah
kerana ia merupakan bulan yang penuh dengan ganjaran dan fadhilat dari Allah
S.W.T.
Tiada
yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu
berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa
disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak
berdasarkan sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Manusia
akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka."
Didalam
hadis yang lain, daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW
sabdanya: “ Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia
akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang
berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. Hadis riwayat At-Tirmidzi.
Daripada
hadis tersebut dapat difahami bahawa umat Islam yang berpuasa Ramadhan
digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong
orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa kerana
sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan Ramadhan. Selain itu Islam
merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih
sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.
Di
atas kesedaran untuk mengambil peluang tersebut di atas, Madrasah Nuril Iman dengan
kerjasama Persatuan Penduduk Taman Pelangi Sentul Kuala Lumpur (2014) mengambil
inisiatif untuk mengadakan satu program bagi menghidupkan bulan istimewa ini.
Kami amat berbesar hati untuk mensasarkan program ini kepada golongan ASNAF
serta anak-anak yatim yang berada di Taman Pelangi khususnya dan kawasan
sekitar amnya. Golongan inilah yang sering dikaitkan dengan kesedihan apabila
tiba bulan Ramadhan dan Syawal. Maka kami ingin membawa satu suasana baru
kepada golongan-golongan ini dalam menjalani ibadah puasa dan hari-hari
berikutnya seperti orang lain. In Sha Allah.
Program ini diharapkan dapat mendidik hati para jemaah dan komuniti penduduk Taman Pelangi Sentul dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT. Di samping itu, para jemaah dan penduduk juga dapat beramah mesra dengan golongan sasar dan berbuka puasa bersama mereka.
Antara objektif majlis ini adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan ASNAF terpilih (fakir miskin), anak-anak yatim miskin dan warga mas uzur. Keduanya ialah dapat menghidupkan suasana keperihatinan di dalam bulan Ramadhan di kalangan para jemaah dan penduduk setempat sambil menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Majlis saperti ini juga dapat menggalakkan penglibatan menyeluruh dari semua pihak termasuk Agensi Kerajaan, Syarikat Korporat, Badan NGO, Persatuan dan Pertubuhan dan individu-individu dalam menginfakkan sumbangan dalam bentuk keewangan, barangan, tenaga, masa dan kepakaran bagi menyalurkan bantuan.
Dengan penganjuran majlis saperti ini juga, permasalahan sebenar di kalangan golongan yang memerlukan perhatian juga dapat dikenal pasti untuk mengeluarkan mereka daripada keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik di masa-masa akan datang.
TARIKH, TEMPAT DAN ATURCARA
Tarikh: 26 Mei 2918 (10 Ramadhan
1439H)
Hari: Sabtu.
Tempat: Madrasah Nuril Iman, Jalan Pelangi 8, Taman Pelangi,
Sentul, 51100 Kuala Lumpur.
6.00 ptg: Kehadiran jemaah, penduduk setempat, anak-anak yatim dan
golongan asnaf.
6.30 ptg: Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis.
6.35
ptg: Bacaan Doa.
6.40 ptg: Ucapan Pengerusi PPTP / MNI.
6.50 ptg: Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan
asnaf.
7.10 mlm: Persediaan berbuka puasa.
7.21 mlm: Masuk waktu maghrib dan berbuka puasa.
7.35 mlm: Solat Maghrib berjemaah.
7.50 mlm: Jamuan Makan.
8.30
mlm: Persediaan Solat Isyak.
8.36 mlm: Masuk waktu isyak.
Solat Isyak dan bacaan tahlil.
Solat Sunat Taraweh dan witir.
10.30
mlm: Moreh / Majlis bersurai.
PENUTUP
Alkamdulillah,
program yang dirancang telah terlaksana dengan jayanya walaupun di selubungi
cuaca hujan sepanjang petang tersebut. Sesungguhnya, sesuatu kejayaan itu
adalah daripada usaha berterusan serta sokongan padu daripada semua individu
serta semua Ahli Jawatan Kuasa Madrasah Nuril Iman dan Persatuan Penduduk Taman
Pelangi yang sudi menyalurkan sumbangan samada dalam bentuk tenaga atau
keewangan untuk memastikan program ini dapat direalisasikan. Selain itu, dengan
usaha ini, sudah pasti dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan di hati golongan
ASNAF.
UCAPAN PENGERUSI MAJLIS / PENGERUSI MADRASAH NURIL IMAN
UCAPAN PENGERUSI MAJLIS / PENGERUSI MADRASAH NURIL IMAN
Assalamu'alaikum warokhmatullahhiwabarakatu.
Dengan nama Allah yang Maha Panyayang lagi Maha Mengasehani. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.
Yang di muliakan Ust. Hj. Sofyan Souri,
ketua Imam Madrasah Nuril Iman, barisan AJK Madrasah Nuril Iman, Datuk2,
Datin2, Tuan2 dan Puan2 yang saya hormati sekalian.
Ada yang ceria .... ada yang selamba je!
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama menyatakan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di dalam satu majlis yang In Shaa Allah sangat di berkati oleh Allah swt iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim dan Golongan Asnaf setempat anjuran bersama Madrasah Nuril Iman dan Persatuan Penduduk Taman Pelangi.
Untuk memberkati majlis pada petang
ini, dengan sukacitanya majlis menjemput yang di muliakan Ust. Hj. Sofyan Souri
bagi memimpim bacaaan doa.
Majlis bermula dengan bacaan doa ... khusyuk mengaminkan doa yang di pimpin oleh Ustaz Haji Sofyan Souri
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada ybhg Ust. Hj. Sofyan Souri.
Selamat datang
kepada semua yang hadir pada petang ini, semuga kehadiran Datuk2, Datin2,
Tuan2, Puan2, muslimin dan muslimat sekalian akan mendapat Rahmat dan
keberkatan dari Alllah SWT. Juga terima kasih di atas kesudian hadir walaupun
dalam keadaan cuaca yang hujan sepanjang petang ini yang menjanjikan suasana
sejuk dan nyaman.
Antara jemaah muslimin yang hadir ... terima kasih kerana sudi hadir
Anak-anak yatim yang di raikan.
Sedikit makluman iaitu
bahawa surau kita ini baru sahaja selesai di baik pulih, namun masih ada
berlaku kebocoran di sana sini yang mendatangkan ketidak selesa kepada para
jemaah sekalian. Saya yang telah di pertanggungjawapkan dalam pelaksanaan
kerja-kerja baik pulih, memohon maaf di atas perkara tersebut dan In Shaa
Allah, segala kecatatan akan di ambil tindakan dengan sewajarnya.
Juga sekali lagi
saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah
menyumbang wang ringgit untuk menampung kos baik pulih, semuga sumbangan kalian
di beri ganjaran yang banyak dan di berkati oleh Allah swt.
Ramadhan merupakan Madrasah pendidikan
jiwa. Dengan berpuasa bukan sahaja dapat melembutkan hati-hati dan jiwa
manusia, puasa menyihatkan diri, puasa memberikan keinsafan kepada manusia
bahawa ada ramai insan yang tidak dapat menikmati makanan kerana kedhaifan
serta kemiskinan mereka.
Perasan mereka yang tidak punya makanan
serta kemewahan hidup dapat dirasai sedikit oleh mereka yang berpuasa.
Kegirangan serta keseronokan berpuasa bila dapat berbuka juga menjadikan satu
pelajaran bagaimana perasaan mereka yang kelaparan mendapat bantuan makanan dan
minuman.
Justeru, saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan
Ahli Jawatan Kuasa MNI dan PPTP, yang telah sama-sama menzahirkan inisiatif dan
keperihatinan dengan mengadakan majlis berbuka puasa termasuk sumbangan kepada
anak-anak yatim dan golongan asnaf setempat. Tentunya ia amat bermakna kepada
golongan yang kurang bernasib baik, terutama ketika sambutan Aidilfitri. Semoga
usaha murni seperti ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Saya juga tidak
akan lupa mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para dermawan
yang telah menyumbang melalui Madrasah Nuril Iman untuk di sampaikan kepada
anak-anak yatim dan golongan asnaf. Di samping dua kumpulan sasar tersebut,
Madrasah Nuril Iman juga tidak melupakan golongan WargaMas Uzur.
Tanpa melengahkan
masa, majlis dengan ini memohon izin untuk memulakan penyampaian sumbangan
kepada anak-anak yatim. Untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut,
majlis dengan segala hormatnya menjemput Ybhg Dato Ismail Dollah Harun, yang
merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pelangi, untuk menyampaikan
sumbangan bagi pihak Madrasah Nuril Iman dan juga bagi pihak para dermawan
sekalian.
Penyampaian sumbangan bermula ... Tn Hj Khamdan (SU MNI) dan Dato Ismail
Individu yang ingin menyampaikan sendiri sumbangan mereka, juga di jemput untuk sama-sama berbaris di hadapan sini.
Sumbangan daripada MNI di sampaikan oleh Dato Ismail Dollah Harun, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pelangi
Terima Kasih kepada YBhg Dato Ismail Dollah Harun yang telah menyampaikan sumbangan bagi pihak Madrasah Nuril Iman dan para
dermawan sekalian.
Di ceritan di
dalam sebuah hadith dari Riwayat At-Thobroni bahawa “Ada
seorang laki-laki yang datang kepada Nabi Shallallaahu Alaihi wa Sallam dalam
keadaan mengeluhkan kerana ia merasa
hatinya keras. Lalu Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak
dan keperluanmu dicukupkan? Maka kata Nabi saw, kasihilah anak yatim, usaplah mukanya,
dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu akan menjadi lunak dan
keperluanmu akan terpenuhi”.
Seterusnya penyampaian sumbangan kepada
golongan Asnaf. Dengan itu di jemput sekali YBhg Dato Ismail Dollah Harun untuk
menyampaikan sumbangan, yang merupakan sedikit sumbangan daripada Madrasah
Nuril Iman dan sumbangan dari para dermawan.
Maksud firman Allah swt, dalam ayat ke
19, surah Adz-Dzariyat “Dan
pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang
miskin yang tidak mendapatkan bahagian”.
Manakala
dalam sebuah hadith riwayat At-Tirmidzi, Nabi saw bersabda yang bermaksud “Ada
tiga hal yang aku bersumpah, maka hafalkanlah, yaitu tidak akan berkurang harta mereka karena
bersedekah, tidak ada seorang hamba pun yang dizalimi kemudian
ia bersabar, pasti Allah akan menambahkan kemuliaan, dan tidak ada seorang
hamba pun yang membuka pintu meminta-minta, kecuali Allah akan membukakan
baginya pintu kefakiran.”
Majlis di
teruskan dengan penyampaian sumbangan kepada WargaMas Uzur. Sekali lagi di
jemput DIDH untuk menyampaikan sumbangan. Namun warga Mas uzur tiada yang hadir adan in shaa Allah sumbangan akan di hantar terus ke rumah masing-masing.
Dengan selesainya penyampaian sumbangan
kepada golongan WargaMas Uzur, majlis penyampaian sumbangan pada petang ini
selesailah sudah.
Sekali lagi saya mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan
majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Tidak
lupa kepada semua para dermawan yang telah menyumbang, semuga sumbangan kalian
di beri ganjaran dan keberkatan oleh Allah swt. Aaaamiiin.
Dengan itu saya menjemput semua
anak-anak yatim beserta pengiring dan Jemaah muslimin dan muslimat untuk
mengambil tempat duduk di ruang legar sambil menunggu masuknya waktu berbuka
puasa.
Saya akhiri majlis
petang ini dengan, wabillahhitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Anak-anak yatim menunggu waktu berbuka puasa
Muslimat juga menunggu waktu berbuka puasa
Jemaah muslimin ... menunggu waktu berbuka puasa
Waktu berbuka puasa hari itu ialah 7.21 petang
Di catat oleh Pengerusi MNI.
Sekian, terima kasih.





















No comments:
Post a Comment