Program WAKAF IQRA’ DAN KEMBARA KOTA KINABALU
merupakan cetusan minda beberapa orang Jemaah yang ingin melancung ke Kota
Kinabalu sambil berinfak sebahagian daripada harta yang dipinjamkan oleh Allah
SWT.
Dengan bantuan beberapa orang Jemaah, saya telah menyusun
aturcara program dengan menempah tiket penerbangan, penginapan dan juga
pengangkutan sepanjang program.
Program sepanjang 4 hari tiga malam tersebut telah
ditetapkan saperti berikut:
Tarikh 10 Sept hingga 13 Sept 2017 telah dipilih dengan
penerbangan AirAsia di persetujui.
PERGI : 10/09/2017: AK 5136
/10.20AM / 12.55PM
BALIK : 13/09/2017: AK 5105 / 2.10PM /
4.40PM
Manakala
penginapan sepanjang program adalah saperti berikut:
Kundasang :
The Cottage Hotel (2 malam).
Kota
Kinabalu : Kinabalu Daya Hotel (1
Malam).
Sehubungan
dengan itu, satu program wakaf Iqra’ telah di lancarkan untuk mengumpulkan
sekurang-kurangnya 500 naskah Iqra’ untuk di bawa ke Kota Kinabalu bagi tujuan
wakaf.
Alkhamdulillah, program wakaf Iqra’ tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Taman Pelangi dan sejumlah 676 naskah telah berjaya di kumpul.
ATURCARA
PROGRAM
HARI 01 (10
Sept 2017) : KL – KK - KUNDASANG
Kami
bergerak daripada Taman Pelangi lebih kurang jam 6.30 pagi. Tuan Haji Abdul Razak,
Timbalan Pengerusi MNI, telah bermurah hati untuk menghantar saya dan THKS
berserta 676 naskah Iqra’ yang telah siap di simpan di dalam kotak.
Perjalanan
ke KLIA 2, pagi itu menempuh hujan yang agak lebat. Dengan pemanduan yang
berkhemah, jam 7.30 pagi, kami tiba di KLIA 2.
Jam 7.30 pagi … tiba
di KLIA 2.
Tanpa
berlengah, saya terus menguruskan check-in bagasi bagi semua peserta dan
sejumlah kotak naskah Iqra’. Kaunter check-in bagasi pagi itu agak sesak dan
setelah hampir 45 minit, baru selesai urusan check-in bagasi.
Memandangkan
pesawat dijangka berlepas jam 10.20 pagi, ada yang mengambil peluang untuk
menikmati teh Tarik dan roti canai di Restoran Mamak yang terletak di tingkat 1
(di atas pintu perlepasan P, Q dan L).
Geng
Sembang Kedai Kopi … kalau tak pekena teh tarik, sepanjang hari hidup tak
sempurna
Geng yang lain tidak kelihatan, mungkin mereka minum di food
court atau terus masuk kedalam.
Tn
Hj Kasni, Datuk Ismail, Tn Hj Rashid dan isteri sedang menikmati teh dan roti
canai.
Penerbangan
ke Kota Kinabalu hanya mengambil masa 2 jam 35 minit dan pesawat AirAsia di
jangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 12.55 petang.
Sepanjang
penerbangan, saya berpeluang untuk melelapkan mata dan hanya sedar apabila
kedengaran suara berikut “Tuan-tuan dan puan-puan, kita akan mendarat sebentar lagi,
sila tegakkan tempat duduk, pasangkan tali pinggang keledar dan letakkan meja dihadapan
anda di tempat yang asal”.
Beberapa
minit kemudian, pesawat AirAsia telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu.
Lapang
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Salepas di benarkan keluar dari perut pesawat, kami semua
segera berjalan ke tempat mengambil bagasi.
Laluan
ke balai ketibaan
Kemudian kami mengambil bagasi masing-masing dan terus
berjalan keluar. Saya terus menuju ke Pusat Penerangan Pelancungan sebagaimana
di janjikan untuk menemui wakil penerima wakaf Iqra’. Ternyata Encik Jaslin bin
Majana telah sedia menunggu kedatangan kami.
Pusat
Penerangan Pelancungan di KKIA
Encik Jaslin merupakan pegawai agama di Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah bagi Daerah Kecil Sook, lebih kurang 150 km dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Dengan kerjasama anak saudara saya yang bertugas sebagai guru
di sebuah sekolah menengah di kawasan sama, saya telah dapat menghubungi Encik
Jaslin melalui aplikasi whatapps. Menurutnya, mereka memerlukan lebih kurang
500 naskah Iqra’ bagi di edarkan kepada 25 buah kelas bimbingan membaca
al-Quran di Daerah kecil Sook.
Encik
Jaslin … berkemeja hitam dan berkopiah hitam
Mudah sahaja bagi saya mengenali Encik Jaslin kerana beliau
datang bersama anak saudara saya.
Kami
bersama Encik Jaslin bin Majana
Majlis
ringkas serahan wakaf Iqra’
Selesai majlis ringkas serahan wakaf Iqra’ sebanyak 676
naskah, saya mendapatkan kenderaan yang akan membawa kami sepanjang berada di
negeri dibawah bayu itu.
Ini
dia sebuah kenderaan 12 seater (van warna putih).
Pemandu
van sedang menyusun bagasi.
10 orang daripada kami menaiki van yang dipandu oleh Encik
Rosli, manakala 4 orang lagi menaiki kereta Produa Alza warna merah yang
dipandu oleh saya sendiri.
Saya
sendiri memandu Perodua Alza warna merah bersama tiga yang lain.
Destinasi
pertama kami ialah MASJID
TERAPUNG KOTA KINABALU yang terletak di Likas,
dalam perjalanan menuju ke Kundasang.
Masjid
Terapung KK, juga di kenali sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Pemandangan
Masjid Bandaraya dari sebelah darat.
Bahagian
hadapan, pintu masuk ke masjid.
Masjid ini siap di bina dalam tahun 2000 dan menjadi tarikan
kepada penduduk tempatan dan juga pelancung dari luar Sabah.
Dewan
solat utama yang luas
Selesai menjalankan kewajipan kepada Allah SWT, kami beredar
ke deretan gerai makanan yang terletak di bahagian hadapan masjid.
Gerai
ini … gerai Kak Long, menjadi pilihan kami.
Tn
Haji Kasni dan Tn Hj Rashid serta isteri masing-masing.
Hanya kumpulan kami yang menjadi pelanggan pada tengah hari
tersebut, namun agak lama menunggu untuk makanan dihidangkan.
Saya
dan Datuk Ismail dah dapat kopi, yang lain masih menunggu.
Masih
boleh tersenyum, walaupun perut semakin berkeroncong.
Kami terpaksa bersabar menghadapi cubaan pertama kerana tiada
gerai lain yang buka pada waktu tersebut.
Satelah hampir satu jam menunggu, akhirnya makanan di
hidangkan.
Lega
rasanya apabila perut dah kenyang semula.
Tidak sampai 20 minit kami sudah selesai makan tengah hari
dan mula bersedia untuk meneruskan perjalanan ke Kundasang.
Dalam perjalanan ke Kundasang, kami singgah di JAMBATAN GANTUNG
TAMPARULI, yang mengandungi kisah lagenda seorang gadis cantik bernama
Solungkoi dan dua pemuda tampan, seorang pemuda tempatan bernama Intang dan
seorang lagi jejaka berketurunan Bristish bernama Robinson.
Jambatan
Gantung Tamparuli.
Jambatan yang sedia ada telah dibina pada tahun 1933 oleh
pihak British bagi menggantikan jambatan lama yang di perbuat daripada kayu dan
tali dan telah musnah di landa bajir sekitar tahun 1930an.
Datuk
Ismail, di laluan masuk ke jambatan
Tn
Hj Rashid hanya sekadar di gigi jambatan
Jambatan sepanjang 200 meter ini, masih lagi kukuh dan
digunakan oleh pejalan kaki untuk berulang-alik dan juga bersiar-siar sambil
menikmati deruan air sungai yang tidak pernah jemu mengalir.
Biasa
sahaja mereka menyeberangi jambatan gantung.
Walaupun masih kukuh, tetapi bagi mereka yang tidak biasa
menyeberangi jambatan ini akan terasa gayat dan lutut saya pun terasa goyah
semasa cuba menyeberangi jambatan tersebut. Akhirnya saya berpatah balik.
Kami
tidak lama di lokasi Jambatan Gantung Tamparuli kerana perlu meneruskan
perjalanan ke Kundasang.
Cuaca
pada hari pertama kami di Sabah agak kurang memberangsangkan. Hampir sepanjang
perjalanan ke Kundasang kami di temani oleh hujan yang kadang-kadang lebat dan
kadang-kadang reda. Namun perjalanan harus di teruskan.
Saya
memandu dengan penuh hati-hati sambil mengikuti van yang dipandu oleh Encik
Rosli. Inilah cubaan kedua yang kami hadapi, memandu dalam keadaan hujan
melalui jalan yang semakin mendaki untuk sampai ke Kundasang.
Pemanduan yang penuh
hati-hati dalam keadaan hujan dan jalan yang semakin mendaki.
“Ya Allah, jadikanlah
ia hujan yang bermanafaat”
Jam
7.00 malam, kami tiba di pekan kecil Kundasang. Kami membuat keputusan untuk
makan malam terlebih dahulu sebelum daftar masuk hotel kerana hari semakin
gelap dan hujan masih belum reda lagi.
Encik
Rosli membawa kami ke sebuah restoran yang agak terkenal di Kundasang.
Intans
Restoran & Café, Kundasang
Walaupun
hujan, ramai juga pelanggan yang makan di sini.
Satay
dan kepak ayam bakar, antara tarikan di restoran ini.
Masing-masing
kelihatan letih dan mengantuk selepas mengharungi perjalanan yang panjang.
Sop
ekor juga terdapat di restoran ini. Siiyook tidak terhingga, kalau menikmati
sop panas di kala hujan dan diselimuti kegelapan malam.
Memandangkan ramai di antara kami yang telah keletihan dan
mengantuk, kami tidak makan di restoran ini, sebaliknya kami hanya membeli
makanan bungkus untuk di makan di bilik hotel masing-masing.
Perjalanan dari Intans Restoran & Café hanya mengambil
masa kurang dari sepuluh minit.
Akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami iaitu The Cottage
Hotel, Kundasang.
The
Cottage Hotel … hotel 2 bintang.
Alkhamdulillah, jam 7.40 malam kami selamat di tiba di The
Cottage Hotel. Masing-masing rasa keletihan namun berasa lega setelah
mengharungi perjalanan yang panjang.
Kelihatan
wajah yang ceria semula
Duduk
berehat sebentar untuk menghilangkan keletihan.
Saya terus ke “Reception Counter” untuk mendaftar masuk
bilik-bilik yang telah saya tempah.
Di
Reception Counter
Pembahagian
kunci untuk bilik masing-masing.
Welcome and have a
pleasant stay.
Selesai daftar masuk bilik, aktiviti adalah bebas.
Catatan hari pertama berakhir di sini. Terima kasih kerana
sudi membaca. Jumpa lagi di catatan hari kedua.





































No comments:
Post a Comment