Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H).
Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 40, yang
bermaksud "dan sesungguhnya Allah
akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya".
Ibadah Qurban antara amalan yang amat di sukai oleh
Nabi Muhammad S.A.W. di samping dapat membantu golongan yang memerlukan seperti
fakir miskin dan mereka yang beragama Islam. Malah Baginda sentiasa menggalakkan
sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah Qurban.
Di dalam hadis yang bermaksud "tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya
Qurban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih qurban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya,
kuku-kuku, dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan
sesungguhnya darah binatang Qurban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di
suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah
hati kamu ketika berQurban itu". (Hadis Riwayat Imam at-Tarmizi, Ibnu
Majah dan al-Hakim).
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Hajj ayat
36-37, yang bermaksud "maka makanlah
sebahagiannya (daging Qurban) dan berilah makan berilah makan kepada orang yang
merasa cukup dengan apa yang dimilikinya (orang yang tidak meminta-minta) dan
orang yang meminta. Daging-daging Qurban dan darahnya itu sekali-kali tidak
dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan kamulah yang dapat
mencapainya".
Ibadah Qurban adalah sangat dituntut di dalam agama
Islam kerana hukum menunaikannya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat
dituntut dan digalakkan.
Dalam melakukan ibadah Qurban, keikhlasan dan cinta
kepada Allah adalah sesuatu yang dituntut ketika melaksanakannya.
Mereka yang melakukan Qurban akan mendapat pengampunan
daripada Allah SWT sebagai hadis dari Imran bin
Hushain RA, dari Sayyidatina Fatimah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah telah
bersabda yang Maksudnya: “Wahai
Fatimah, pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia,
sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan
bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”(Hadis riwayat al-Hakim).
Disamping itu, mereka yang berQurban juga akan
mendapat kebajikan sebanyak bulu
binatang yang diqurbankan sebagaimana hadis dari Zaid bin Arqam RA yang
bermaksud “Para sahabat Rasulullah S.A.W. bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah
yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu
Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai
Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan”
Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab:
“Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Oleh yang demikian, ibadah Qurban sangatlah
dituntut dan sangat disukai oleh Rasulullah S.A.W. yang dapat membantu
menghapuskan dosa, melembutkan hati, dan juga meningkatkan ketakwaan serta
cinta kepada Allah S.W.T.
Telah menjadi amalan tahunan, Madrasah Nuril Iman
mengadakan majlis Ibadah Qurban. Pada tahun ini, sambutan daripada para Jemaah dan
penduduk setempat sangat menggalakkan
dan sebanyak 10 ekor lembu telah pun diqurbankan, Majlis berlangsung pada hari
Rabu, 22 Ogos 2018 mulai jam 9.30 pagi.
Para jemaah sedang melapah daging daripada kaki lembu yang di gantung
Anak-anak muda pun datang menolong.
Masing-masing tekun melapah daging
Waktu puncak melapah daging
Lagi kumpulan pelapah daging
Team timbang bekerja bertungkus-lumus menimbang dan membungkus daging
Team timbang
Belum cukup sekilo bang!
Team muslimat juga membantu
Team muslimat , tekun bekerja
Ramai juga team muslimat
Geng wargamas ... berehat atau sekadar memerhati sahaja ?
DIDH sedang memerhati
Timbalan Pengarah Qurban sedang memerhati mereka yang patut di beri kupon
Team memasak juga tengah sebok memasang sop tulang
Lagi team memasak sedang membasuh tulang untuk di buat sop
Reunion ... dah lama agaknya mereka berdua tak jumpa dan di pertemukan di Majlis Ibadah Qurban MNI ... semuga menjadi pertemuan yang di berkahi Allah swt.
Bungkusan daging sedia untuk di agihkan
Kerja-kerja melapah, menimbang dan membungkus daging hampir selesai. Pengarah Qurban (berbaju hijau muda) kelihatan kepenatan.
Pengarah dan Timbalannya berbincang sesuatu untuk kelancaran pelaksanaan Qurban.
Like father, like son ... saling bantu membantu
Alhamdulillah, segala urusan telah dapat di laksanakan dengan jayanya dan mereka memang selayaknya menerima ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Semuga usaha-usaha mereka mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah swt.






















No comments:
Post a Comment