Tuesday, 26 December 2017

WAKAF IQRA' DAN KEMBARA KOTA KINABALU #4



HARI 04 (13 Sept 2017): KK – KUALA LUMPUR


Jam 8.00 pagi kami telah pun check-out dan meninggalkan Kinabalu Daya Hotel untuk meneruskan kembara hari terakhir di Kota Kinabalu.

Destinasi pertama hari terakhir ialah MENARA JAM ATKINSONI, iaitu satu struktur yang telah di bina sebelum perang dunia kedua.

Terletak di Jalan Bendahara, Kota Kinabalu mempunyai ketinggian 15.24 meter dengan muka jam berukuran garis pusat 6 kaki 3 inci.


Jam Atkinson.


Di bina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia pada disember 1902 akibat demam malaria atau Deman Borneo, ketika berusia 28 tahun.

Ibu George Atkinson, Puan Marry Edith Atkinson telah mengarahkan supaya sebuah menara jam di bina menggunakan kayu merbau dan tanpa menggunakan sebatang paku pun.

Menara jam tersebut akhirnya siap dibina pada 20 April 1905.


Menara Jam Atkinson.


Sejaran Menara Jam Atkinson.


Kami meninggalkan Menara Jam Atkinson setelah mengetahui sedikit sebanyak sejarahnya.



SIGNAL HILL OBSERVATION PLATFORM menjadi tempat kedua yang kami lawati pada pagi itu. Terletak hanya 5 minit pemanduan dari Menara Jam Atkinson.

Signal Hill Observation Platform.

Menara Tinjau Signal Hill terletak di Jalan Bendahara, Kota Kinabalu di bina bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat bandar Kota Kinabalu dari puncak bukit.


Pemandangan indah yang dapat di lihat dari Menara Tinjau Signal Hill.



Bersiar-siar di laman Menara Tinjau Signal Hill.


Di laman Menara Tinjau.


Kami hanya bersiar-siar di laman menara tinjau kerana menara tinjau hanya akan di buka jam 9.30 pagi. Oleh kerana kami mengejar masa untuk ke beberapa destinasi lagi, menara tinjau kami tinggalkan.

Kami terus menuju ke MUZIUM NEGERI SABAH.


Sebelum masuk, kami bergambar dahulu.


Tiket masuk ke Muzium Sabah adalah percuma bagi warga mas dan hanya rm2/- bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas.

Masuk sahaja ke ruang pameran Muzium Negeri Sabah, terkejut juga kami melihat tulang berbentuk ikan yang begitu besar sekali. Satelah di teliti, tetulang tersebut adalah tulang ikan paus yang mati terdampar di pantai Pulau Gaya berhampiran Kota Kinabalu.

Orang ramai telah menjumpai ikan paus tersebut pada 17 Disember 2006. Pihak Jabatan Muzium Negeri Sabah telah membersihkan tulang-tulang tersebut dan diletakkan di dalam Muzium Negeri sebagai salah satu bahan pameran terbesar di muzium tersebut.


Ini adalah tulang ikan paus betina sepanjang 18.6 meter.


Tulang ikan pau tersebut telah mendapat pengiktirafan sebagai tulang ikan paus terbesar daripada Malaysia Book Of Records.


Berehat setelah penat meronda Muzium Sabah.




Menunggu kenderaan untuk ke destinasi seterusnya.



MASJID NEGERI SABAH menjadi destinasi terakhir kembara selama 4 hari 3 malam. Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu, hanya lima minit dari Muzium Sabah.


Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.


Ruang muduk lelaki Masjid Negeri Sabah.


Dewan solat utama Masjid Negeri Sabah.


Semasa kami singgah di masjid Negeri, waktu solat zuhur belum masuk lagi. Kami hanya melihat-lihat dan ada antaranya yang solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha.

Masjid Negeri Sabah telah di buka dengan rasminya pada 28 Jun 1977, berkeupayaan menampung 5,000 jemaah dan di tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah.


Sebelum mengakhiri kembara Kota Kinabalu, Encik Rusli membawa kami makan tengah hari di APIWON RESTORAN yang terletak di Jalan Sambulan.


Apiwon Restaurant.


Dah order makanan … tapi belum sampai lagi.


Sedang berfikir, apa nak di makan.


THAR sedang memesan menu makan tengah hari.


Makan tengah hari di Restoran Apiwon, pada saya biasa sahaja dan tidak saperti yang di gambarkan oleh Encik Rusli. Mungkin tekak orang Semenanjung tidak sama dengan tekak orang Sabah.

Selesai makan tengah hari, Encik Rosli terus menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.



Berehat sebentar sebelum check-in bagasi.

Kaunter check-in bagasi telah pun di buka.


Selesai check-in bagasi, kami pergi ke bilik solat untuk solat jamak zuhur dan asar dan kemudian terus masuk ke dewan menunggu.


Pesawat AirAsia AK 5105 yang kami naiki berlepas meninggalkan Lapanagn Terbang Kota Kinabalu tepat jam 2.10 petang.


Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan naskah iqra' bagi diwakafkan semuga segala sumbangan tersebut mendapat keberkatan daripada Allah swt dan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. Aaamiiin.

Mohon maaf kepada  semua yang menyertai program wakaf iqra' dan kembara Kota Kinabalu selama empat hari tiga malam.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur nan panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,  Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H)

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H). Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 40, yang bermaksud "dan sesungguhnya Allah akan...