Tuesday, 26 December 2017

WAKAF IQRA' DAN KEMBARA KOTA KINABALU #3



HARI 03 (13 Sept 2017): KUNDASANG - KK


Hari ketiga saya terpaksa check-out awal untuk menghantar THK dan isteri ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk balik ke Semenanjung. Beliau terpaksa memendekkan kembara satelah menerima berita yang cucunya di masukkan ke hospital.

Jam 6.00 pagi saya sudah meniggalkan The Cottage Hotel. Hujan renyai-renyai dan akalanya menjadi lebat mengiringi perjalanan kami ke Kota Kinabalu. Dengan keadaan jalan yang licin dan kesejukan hingga ke tulang som-som, aku meneruskan pemanduan dengan berhati-hati. Sebagai tour leader dan penyelaras program, kebajikan para peserta lebih di utamakan.

Kami hanya berhenti lebih kurang 30 minit untuk sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Kota Kinabalu.



Kami sarapan pagi di MJ Corner Restaurant, Tuaran.


Keadaan di MJ Corner Restaurant.





Ramai juga pengunjung untuk sarapan pagi.


Alhamdulillah, jam 9.00 pagi kami sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan THK dan isteri masih mempunyai masa yang mencukupi untuk check-in dan boarding dengan penerbangan AirAsia yang di jangka berlepas jam 11.45 pagi.



Sementara itu, sepuluh orang peserta yang menaiki van juga telah meninggalkan The Cottage Hotel pada jam 7.30 pagi untuk balik ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan mereka singgah di Rumah Terbalik.



Rumah Terbalik … antara tempat yang mesti di lawati bila datang ke Kota Kinabalu.


Rehat sebentar sebelum membeli tiket.


THKS sedang membeli tiket.



Ahh haa .. kami dah singgah di Rumah Terbalik, Kota Kinabalu.



Bukan sahaja rumah terbalik, kereta pun terbalik.


Saya dan rombongan kedua sepatutnya berjumpa di Aquarium dan Marine Museum, malangnya aquarium tersebut di tutup kerana sedang diubah suai.

Kami berjanji untuk berkumpul semula di Menara Tun Mustaffa pula.

 

Menara Tun Mustaffa … mercu tanda Kota Kinabalu.


Menara Tun Mustaffa mumpunyai reka bentuk yang unik telah siap di bina dalam tahun 1977. Setinggi 122 meter dengan 30 tingkat, telah di bina oleh Mori Building Co. iaitu sebuah syarikat Jepun.



Lambang keteguhan Gunung Kinabalu menjadi konsep utama reka bentuk Menara Tun Mustaffa.



Menara Tun Mustaffa berdiri megah dan menjadi icon Kota Kinabalu hingga kini.



Di tingkat bawah Menara tersebut menempatkan Galeri Tun Mustaffa.

 Antara yang di pamerkan di Galeri Tun Mustaffa.

Sejarah penubuhan Yayasan Sabah.



 

Kronologi pembinaan bangunan Yayasan Sabah.


Selesai lawatan singkat di Menara dan Galeri Tun Mustaffa, kami terus ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk solat zuhur serta jamak asar. Kemudian kami terus ke pusat bandar Kota Kinabalu untuk makan tengah hari.


Encik Rusli membawa kami ke food court di tingkat bawah bangunan Sabah Centre Point. Terdapat banyak restoran di sana dan yang menjadi pilihan kami ialah Super Faezah Cafeteria.



Cafeteria ini menyedia berpuluh-puluh jenis lauk pauk sehingga rambang mata untuk memilihnya.

Super Faezah Cafeteria menyediakan makanan secara bufe dengan harga yang berpatutan.


Berjenis-jenis lauk pauk di sediakan.


Masa kami sampai selepas waktu puncak, jadi tidak begitu ramai pelanggan.


Super Faezah Cafeteria … selalu menjadi tumpuan ketika waktu makan tengah hari.


 

Kami sedang menikmati makan tengah hari.


Selesai makan tengah hari, kami terus ke hotel penginapan untuk check-in.

Kami akan menginap satu malam di Kota Kinabalu di KINABALU DAYA HOTEL sebuah hotel berstatus 2 bintang, tetapi terletak di pusat perniagaan yang sebok di Kota Kinabalu.



Kinabalu Daya Hotel … sangat popular di kalangan pelancong tempatan.



Ruang legar hotel … teratur dan bersih.


Semasa kami tiba, ada beberapa kumpulan pengunjung sedang daftar masuk, kami terpaksa menunggu sehingga mereka selesai dan beredar.



Saya sedang mendaftar masuk di hotel ini.



Hunter’s Coffe House … menyediakan bufe sarapan pagi yang di sahkan halal oleh JAINS.


Masing-masing mendapat kunci bilik dan terus masuk ke bilik untuk berehat sebentar kerana jam 4.00 petang harus berkumpul di lobi hotel untuk shopping ikan bilis dan udang kering di pasar filipino.


Pasar Ikan Masin, Kota Kinabalu.


Petang itu kami ke pasar ikan masin untuk memborong ikan bilis, ikan masin, udang kering dan banyak lagi. Ada yang membeli sampai sepuluh kilo, tetapi aku hanya membeli 3 kilo ikan bilis dan sekila udang kering.

Sedang leka memborong ikan bilis dan udang kering, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kemudian kami menyusuri gerai-gerai yang banyak itu untuk ke pasar menjual batu-batu mutiara.

Sama sahaja keadaannya di Pasar Filipino, satu demi satu gerai di serbu untuk mendapat harga yang paling murah.



Masing-masing tawar-menawar harga untuk mendapatkan harga yang terbaik.



Aku pun terpedaya juga dengan reka bentuk dan harga mutiara yang ditawarkan… tapi bukan mutiara ori, mutiara bela.



Wak Khamdan dengan aksinya yang tersendiri.


Hujan di luar sudah mulai berhenti, tetapi aktivi membeli mutiara masih berterusan. Jadi aku dan beberapa geng terpaksa menunggu mereka agar semuanya dapat balik ke hotel bersama-sama.

Dalam perjalan balik ke hotel, kami singgah sebentar di kawasan pasar malam sea food untuk memilih dan menempah makanan untuk makan malam.



Menu untuk makan malam … sea food.

Kemudian kami balik ke hotel untuk solat maghrib dan berehat sebentar sebelum turun semula untuk makan malam.

Tepat jam 8.00 malam kami sampai ke kawasan pasar malam sea food. Ketika itu masih lagi hujan renyai-renyai.



Pasar malam sea food … menjadi tarikan peminat sea food.


Peminat sea food sudah mula memenuhi ruang di bawah kemah. Walaupun ada banyak gerai, tetapi hampir setiap gerai di penuhi oleh pengunjung yang ingin merasa kelazatan masakan hasil laut yang masih segar.

Kebanyakan pengusaha gerai disini membeli ikan terus dari nelayan yang baru pulang untuk memunggah hasil tangkapan mereka.
Sebaik sahaja kami sampai, mereka mula menghidangkan lauk-pauk yang telah saya tempah petang tadi.



Lauk-pauk sea food mula di hidangkan … tak perlu tunggu lama.



Masih lagi menunggu 3 jenis lauk. Perut sudah mulai lapar apabila lauk sudah berada di depan mata.

Saya telah menempah 6 jenis lauk iaitu ikan kerapu masak masam manis, udang goreng mentega, sotong goreng tepung, ketam masak ladang hitam, lala masak halia dan sayur campur.


Nasi sudah sampai … apa tunggu lagi.


Ooooppps terlupa …


Mudah-mudahan rezeki yang kami makan di berkati oleh Allah swt.


Dalam masa tak sampai setengah jam, kami sudah selesai makan dan masing-masing sudah kekenyangan.


Segala puji bagi Allah yang telah menberikan rezeki kepada kami.

Jam 8.45 malam, kami beredar dari kawasan pasar malam sea food untuk balik ke hotel dan berehat. Masing-masing kekenyangan dan kepenatan setelah mengharungi perjalanan  seawal jam 7.30 pagi.


Mohon maaf sekiranya catatan ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, sesungguhnya catatan ini hanyalah rakaman sebuah kenangan.

Catatan hari ketiga berakhir disini. In Shaa Allah, jumpa lagi di catatan hari terakhir wakaf iqra' dan kembara kota kinabalu.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H)

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H). Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 40, yang bermaksud "dan sesungguhnya Allah akan...