HARI
04 (13 Sept 2017): KK – KUALA LUMPUR
Jam
8.00 pagi kami telah pun check-out dan meninggalkan Kinabalu Daya Hotel untuk
meneruskan kembara hari terakhir di Kota Kinabalu.
Destinasi
pertama hari terakhir ialah MENARA
JAM ATKINSONI,
iaitu satu struktur yang telah di bina sebelum perang dunia kedua.
Terletak
di Jalan Bendahara, Kota Kinabalu mempunyai ketinggian 15.24 meter dengan muka
jam berukuran garis pusat 6 kaki 3 inci.
Jam
Atkinson.
Di bina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson,
pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia pada disember 1902 akibat
demam malaria atau Deman Borneo, ketika berusia 28 tahun.
Ibu George Atkinson, Puan Marry Edith Atkinson telah mengarahkan supaya sebuah menara jam di bina menggunakan kayu merbau dan tanpa menggunakan sebatang paku pun.
Ibu George Atkinson, Puan Marry Edith Atkinson telah mengarahkan supaya sebuah menara jam di bina menggunakan kayu merbau dan tanpa menggunakan sebatang paku pun.
Menara jam tersebut akhirnya siap dibina pada 20 April 1905.
Menara
Jam Atkinson.
Sejaran
Menara Jam Atkinson.
Kami meninggalkan
Menara Jam Atkinson setelah mengetahui sedikit sebanyak sejarahnya.
SIGNAL
HILL OBSERVATION PLATFORM menjadi tempat kedua yang kami lawati
pada pagi itu. Terletak hanya 5 minit pemanduan dari Menara Jam Atkinson.
Signal Hill
Observation Platform.
Menara
Tinjau Signal Hill terletak di Jalan Bendahara, Kota Kinabalu di bina bagi
memberi peluang kepada orang ramai melihat bandar Kota Kinabalu dari puncak
bukit.
Pemandangan indah
yang dapat di lihat dari Menara Tinjau Signal Hill.
Bersiar-siar
di laman Menara Tinjau Signal Hill.
Di
laman Menara Tinjau.
Kami hanya bersiar-siar di laman menara tinjau kerana menara
tinjau hanya akan di buka jam 9.30 pagi. Oleh kerana kami mengejar masa untuk
ke beberapa destinasi lagi, menara tinjau kami tinggalkan.
Kami terus menuju ke MUZIUM NEGERI SABAH.
Sebelum
masuk, kami bergambar dahulu.
Tiket masuk ke Muzium Sabah adalah percuma bagi warga mas dan
hanya rm2/- bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas.
Masuk sahaja ke ruang pameran Muzium Negeri Sabah, terkejut
juga kami melihat tulang berbentuk ikan yang begitu besar sekali. Satelah di
teliti, tetulang tersebut adalah tulang ikan paus yang mati terdampar di pantai
Pulau Gaya berhampiran Kota Kinabalu.
Orang ramai telah menjumpai ikan paus tersebut pada 17
Disember 2006. Pihak Jabatan Muzium Negeri Sabah telah membersihkan
tulang-tulang tersebut dan diletakkan di dalam Muzium Negeri sebagai salah satu
bahan pameran terbesar di muzium tersebut.
Ini
adalah tulang ikan paus betina sepanjang 18.6 meter.
Tulang
ikan pau tersebut telah mendapat pengiktirafan sebagai tulang ikan paus
terbesar daripada Malaysia Book Of Records.
Berehat
setelah penat meronda Muzium Sabah.
Menunggu
kenderaan untuk ke destinasi seterusnya.
MASJID NEGERI SABAH menjadi destinasi
terakhir kembara selama 4 hari 3 malam. Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan,
Kota Kinabalu, hanya lima minit dari Muzium Sabah.
Masjid
Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Ruang
muduk lelaki Masjid Negeri Sabah.
Dewan
solat utama Masjid Negeri Sabah.
Semasa kami singgah di masjid Negeri, waktu solat zuhur belum
masuk lagi. Kami hanya melihat-lihat dan ada antaranya yang solat sunat tahiyatul
masjid dan solat sunat dhuha.
Masjid Negeri Sabah telah di buka dengan rasminya pada 28 Jun
1977, berkeupayaan menampung 5,000 jemaah dan di tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal
Islam Negeri Sabah.
Sebelum mengakhiri kembara Kota Kinabalu, Encik Rusli membawa
kami makan tengah hari di APIWON RESTORAN yang terletak di
Jalan Sambulan.
Apiwon
Restaurant.
Dah
order makanan … tapi belum sampai lagi.
Sedang
berfikir, apa nak di makan.
THAR
sedang memesan menu makan tengah hari.
Makan tengah hari di Restoran Apiwon, pada saya biasa sahaja
dan tidak saperti yang di gambarkan oleh Encik Rusli. Mungkin tekak orang
Semenanjung tidak sama dengan tekak orang Sabah.
Selesai makan tengah hari, Encik Rosli terus menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Selesai makan tengah hari, Encik Rosli terus menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Berehat
sebentar sebelum check-in bagasi.
Kaunter
check-in bagasi telah pun di buka.
Selesai check-in bagasi, kami pergi ke bilik solat untuk solat
jamak zuhur dan asar dan kemudian terus masuk ke dewan menunggu.
Pesawat
AirAsia AK 5105 yang kami naiki berlepas meninggalkan Lapanagn Terbang Kota
Kinabalu tepat jam 2.10 petang.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan naskah iqra' bagi diwakafkan semuga segala sumbangan tersebut mendapat keberkatan daripada Allah swt dan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. Aaamiiin.
Mohon maaf kepada semua yang menyertai program wakaf iqra' dan kembara Kota Kinabalu selama empat hari tiga malam.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur nan panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, Terima Kasih.






















































