Saturday, 25 August 2018

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H)




Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H).

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 40, yang bermaksud "dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya".

Ibadah Qurban antara amalan yang amat di sukai oleh Nabi Muhammad S.A.W. di samping dapat membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan mereka yang beragama Islam. Malah Baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah Qurban.

Di dalam hadis yang bermaksud "tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Qurban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku, dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang Qurban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berQurban itu". (Hadis Riwayat Imam at-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 36-37, yang bermaksud "maka makanlah sebahagiannya (daging Qurban) dan berilah makan berilah makan kepada orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Daging-daging Qurban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan kamulah yang dapat mencapainya".

Ibadah Qurban adalah sangat dituntut di dalam agama Islam kerana hukum menunaikannya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dan digalakkan.

Dalam melakukan ibadah Qurban, keikhlasan dan cinta kepada Allah adalah sesuatu yang dituntut ketika melaksanakannya.

Mereka yang melakukan Qurban akan mendapat pengampunan daripada Allah SWT sebagai hadis dari Imran bin Hushain RA, dari Sayyidatina Fatimah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang Maksudnya: “Wahai Fatimah, pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”(Hadis riwayat al-Hakim).

Disamping itu, mereka yang berQurban juga akan mendapat kebajikan sebanyak bulu binatang yang diqurbankan sebagaimana hadis dari Zaid bin Arqam RA yang bermaksud “Para sahabat Rasulullah S.A.W. bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Oleh yang demikian, ibadah Qurban sangatlah dituntut dan sangat disukai oleh Rasulullah S.A.W. yang dapat membantu menghapuskan dosa, melembutkan hati, dan juga meningkatkan ketakwaan serta cinta kepada Allah S.W.T.

Telah menjadi amalan tahunan, Madrasah Nuril Iman mengadakan majlis Ibadah Qurban. Pada tahun ini, sambutan daripada para Jemaah dan penduduk  setempat sangat menggalakkan dan sebanyak 10 ekor lembu telah pun diqurbankan, Majlis berlangsung pada hari Rabu, 22 Ogos 2018 mulai jam 9.30 pagi.

 Para jemaah sedang melapah daging daripada kaki lembu yang di gantung


 Anak-anak muda pun datang menolong.


Masing-masing tekun melapah daging


Waktu puncak melapah daging


Lagi kumpulan pelapah daging


 Team timbang bekerja bertungkus-lumus menimbang dan membungkus daging


 Team timbang

Belum cukup sekilo bang!
 

Team muslimat juga membantu


 Team muslimat , tekun bekerja


Ramai juga team muslimat


Geng wargamas ... berehat atau sekadar memerhati sahaja ?


DIDH sedang memerhati


Timbalan Pengarah Qurban sedang memerhati mereka yang patut di beri kupon


Team memasak juga tengah sebok memasang sop tulang


Lagi team memasak sedang membasuh tulang untuk di buat sop



Reunion ... dah lama agaknya mereka berdua tak jumpa dan di pertemukan di Majlis Ibadah Qurban MNI ... semuga menjadi pertemuan yang di berkahi Allah swt.


Bungkusan daging sedia untuk di agihkan


Kerja-kerja melapah, menimbang dan membungkus daging hampir selesai. Pengarah Qurban (berbaju hijau muda) kelihatan kepenatan.


Pengarah dan Timbalannya berbincang sesuatu untuk kelancaran pelaksanaan Qurban.


Like father, like son ... saling bantu membantu

Alhamdulillah, segala urusan telah dapat di laksanakan dengan jayanya dan mereka memang selayaknya menerima ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Semuga usaha-usaha mereka mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah swt.




Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H)

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H). Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 40, yang bermaksud "dan sesungguhnya Allah akan...