Saturday, 25 August 2018

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H)




Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H).

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 40, yang bermaksud "dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya".

Ibadah Qurban antara amalan yang amat di sukai oleh Nabi Muhammad S.A.W. di samping dapat membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan mereka yang beragama Islam. Malah Baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah Qurban.

Di dalam hadis yang bermaksud "tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Qurban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku, dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang Qurban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berQurban itu". (Hadis Riwayat Imam at-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 36-37, yang bermaksud "maka makanlah sebahagiannya (daging Qurban) dan berilah makan berilah makan kepada orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Daging-daging Qurban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan kamulah yang dapat mencapainya".

Ibadah Qurban adalah sangat dituntut di dalam agama Islam kerana hukum menunaikannya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dan digalakkan.

Dalam melakukan ibadah Qurban, keikhlasan dan cinta kepada Allah adalah sesuatu yang dituntut ketika melaksanakannya.

Mereka yang melakukan Qurban akan mendapat pengampunan daripada Allah SWT sebagai hadis dari Imran bin Hushain RA, dari Sayyidatina Fatimah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang Maksudnya: “Wahai Fatimah, pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”(Hadis riwayat al-Hakim).

Disamping itu, mereka yang berQurban juga akan mendapat kebajikan sebanyak bulu binatang yang diqurbankan sebagaimana hadis dari Zaid bin Arqam RA yang bermaksud “Para sahabat Rasulullah S.A.W. bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Oleh yang demikian, ibadah Qurban sangatlah dituntut dan sangat disukai oleh Rasulullah S.A.W. yang dapat membantu menghapuskan dosa, melembutkan hati, dan juga meningkatkan ketakwaan serta cinta kepada Allah S.W.T.

Telah menjadi amalan tahunan, Madrasah Nuril Iman mengadakan majlis Ibadah Qurban. Pada tahun ini, sambutan daripada para Jemaah dan penduduk  setempat sangat menggalakkan dan sebanyak 10 ekor lembu telah pun diqurbankan, Majlis berlangsung pada hari Rabu, 22 Ogos 2018 mulai jam 9.30 pagi.

 Para jemaah sedang melapah daging daripada kaki lembu yang di gantung


 Anak-anak muda pun datang menolong.


Masing-masing tekun melapah daging


Waktu puncak melapah daging


Lagi kumpulan pelapah daging


 Team timbang bekerja bertungkus-lumus menimbang dan membungkus daging


 Team timbang

Belum cukup sekilo bang!
 

Team muslimat juga membantu


 Team muslimat , tekun bekerja


Ramai juga team muslimat


Geng wargamas ... berehat atau sekadar memerhati sahaja ?


DIDH sedang memerhati


Timbalan Pengarah Qurban sedang memerhati mereka yang patut di beri kupon


Team memasak juga tengah sebok memasang sop tulang


Lagi team memasak sedang membasuh tulang untuk di buat sop



Reunion ... dah lama agaknya mereka berdua tak jumpa dan di pertemukan di Majlis Ibadah Qurban MNI ... semuga menjadi pertemuan yang di berkahi Allah swt.


Bungkusan daging sedia untuk di agihkan


Kerja-kerja melapah, menimbang dan membungkus daging hampir selesai. Pengarah Qurban (berbaju hijau muda) kelihatan kepenatan.


Pengarah dan Timbalannya berbincang sesuatu untuk kelancaran pelaksanaan Qurban.


Like father, like son ... saling bantu membantu

Alhamdulillah, segala urusan telah dapat di laksanakan dengan jayanya dan mereka memang selayaknya menerima ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Semuga usaha-usaha mereka mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah swt.




Thursday, 31 May 2018

Program Penyampaian Sumbangan Dan Berbuka Puasa Bersama Golongan Asnaf dan Anak-anak Yatim 1439H (2018M)


Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kerana bulan Ramadhan merupakan sebuah bulan yang amat mulia dalam kalendar Hijrah kerana ia merupakan bulan yang penuh dengan ganjaran dan fadhilat dari Allah S.W.T.

Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa.  Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak berdasarkan sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka."

Didalam hadis yang lain, daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya: “ Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. Hadis riwayat At-Tirmidzi.

Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan Ramadhan. Selain itu Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.

Di atas kesedaran untuk mengambil peluang tersebut di atas, Madrasah Nuril Iman dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Pelangi Sentul Kuala Lumpur (2014) mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program bagi menghidupkan bulan istimewa ini. Kami amat berbesar hati untuk mensasarkan program ini kepada golongan ASNAF serta anak-anak yatim yang berada di Taman Pelangi khususnya dan kawasan sekitar amnya. Golongan inilah yang sering dikaitkan dengan kesedihan apabila tiba bulan Ramadhan dan Syawal. Maka kami ingin membawa satu suasana baru kepada golongan-golongan ini dalam menjalani ibadah puasa dan hari-hari berikutnya seperti orang lain. In Sha Allah.


Program ini diharapkan dapat mendidik hati para jemaah dan komuniti penduduk Taman Pelangi Sentul dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT. Di samping itu, para jemaah dan penduduk  juga dapat beramah mesra dengan golongan sasar dan berbuka puasa bersama mereka.


Antara objektif majlis ini adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan ASNAF terpilih (fakir miskin), anak-anak yatim miskin dan warga mas uzur. Keduanya ialah dapat menghidupkan suasana keperihatinan di dalam bulan Ramadhan di kalangan para jemaah dan penduduk setempat sambil menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.

Majlis saperti ini juga dapat menggalakkan penglibatan menyeluruh dari semua pihak termasuk Agensi Kerajaan, Syarikat Korporat,  Badan NGO, Persatuan dan Pertubuhan dan individu-individu dalam menginfakkan sumbangan dalam bentuk  keewangan, barangan, tenaga, masa dan kepakaran bagi menyalurkan bantuan.

Dengan penganjuran majlis saperti ini juga, permasalahan sebenar di kalangan golongan yang memerlukan perhatian juga dapat dikenal pasti untuk mengeluarkan mereka daripada keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik di masa-masa akan datang.
 
TARIKH, TEMPAT DAN ATURCARA

Tarikh:           26 Mei 2918 (10 Ramadhan 1439H)

Hari:              Sabtu.

Tempat:        Madrasah Nuril Iman, Jalan Pelangi 8, Taman Pelangi,
Sentul, 51100 Kuala Lumpur.

6.00 ptg:        Kehadiran jemaah, penduduk setempat, anak-anak yatim dan
golongan asnaf.

6.30 ptg:        Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis.

6.35 ptg:        Bacaan Doa.

6.40 ptg:        Ucapan Pengerusi PPTP / MNI.

6.50 ptg:        Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf.

7.10 mlm:      Persediaan berbuka puasa.

7.21 mlm:      Masuk waktu maghrib dan berbuka puasa.

7.35 mlm:      Solat Maghrib berjemaah.

7.50 mlm:      Jamuan Makan.

8.30 mlm:      Persediaan Solat Isyak.

8.36 mlm:      Masuk waktu isyak.
Solat Isyak dan bacaan tahlil.
Solat Sunat Taraweh dan witir.

10.30 mlm:    Moreh / Majlis bersurai.


PENUTUP

Alkamdulillah, program yang dirancang telah terlaksana dengan jayanya walaupun di selubungi cuaca hujan sepanjang petang tersebut. Sesungguhnya, sesuatu kejayaan itu adalah daripada usaha berterusan serta sokongan padu daripada semua individu serta semua Ahli Jawatan Kuasa Madrasah Nuril Iman dan Persatuan Penduduk Taman Pelangi yang sudi menyalurkan sumbangan samada dalam bentuk tenaga atau keewangan untuk memastikan program ini dapat direalisasikan. Selain itu, dengan usaha ini, sudah pasti dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan di hati golongan ASNAF.


UCAPAN PENGERUSI MAJLIS / PENGERUSI MADRASAH NURIL IMAN

Assalamu'alaikum warokhmatullahhiwabarakatu.

Dengan nama Allah yang Maha Panyayang lagi Maha Mengasehani. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Yang di muliakan Ust. Hj. Sofyan Souri, ketua Imam Madrasah Nuril Iman, barisan AJK Madrasah Nuril Iman, Datuk2, Datin2, Tuan2 dan Puan2 yang saya hormati sekalian.


Antara jemaah muslimat yang hadir

 
Ada yang ceria .... ada yang selamba je!


Terlebih dahulu marilah kita sama-sama menyatakan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di dalam satu majlis yang In Shaa Allah sangat di berkati oleh Allah swt iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim dan Golongan Asnaf setempat anjuran bersama Madrasah Nuril Iman dan Persatuan Penduduk Taman Pelangi.

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya majlis menjemput yang di muliakan Ust. Hj. Sofyan Souri bagi memimpim bacaaan doa. 


Majlis bermula dengan bacaan doa ... khusyuk mengaminkan doa yang di pimpin oleh Ustaz Haji Sofyan Souri


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ybhg Ust. Hj. Sofyan Souri.

Selamat datang kepada semua yang hadir pada petang ini, semuga kehadiran Datuk2, Datin2, Tuan2, Puan2, muslimin dan muslimat sekalian akan mendapat Rahmat dan keberkatan dari Alllah SWT. Juga terima kasih di atas kesudian hadir walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan sepanjang petang ini yang menjanjikan suasana sejuk dan nyaman.


 
 Antara jemaah muslimin yang hadir ... terima kasih kerana sudi hadir



Anak-anak yatim yang di raikan.


Setia menunggu bermulanya majlis penyampaian

Kalau para hadirin sekalian masih ingat, tahun sudah 2017, majlis saperti ini telah di taja oleh Tenaga Nasional Berhad, namun pada tahun ini, majlis ini adalah anjuran bersama Madrasah Nuril Iman  dan Persatuan Penduduk Taman Pelangi.


Sedikit makluman iaitu bahawa surau kita ini baru sahaja selesai di baik pulih, namun masih ada berlaku kebocoran di sana sini yang mendatangkan ketidak selesa kepada para jemaah sekalian. Saya yang telah di pertanggungjawapkan dalam pelaksanaan kerja-kerja baik pulih, memohon maaf di atas perkara tersebut dan In Shaa Allah, segala kecatatan akan di ambil tindakan dengan sewajarnya.

Juga sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menyumbang wang ringgit untuk menampung kos baik pulih, semuga sumbangan kalian di beri ganjaran yang banyak dan di berkati oleh Allah swt.

Ramadhan merupakan Madrasah pendidikan jiwa. Dengan berpuasa bukan sahaja dapat melembutkan hati-hati dan jiwa manusia, puasa menyihatkan diri, puasa memberikan keinsafan kepada manusia bahawa ada ramai insan yang tidak dapat menikmati makanan kerana kedhaifan serta kemiskinan mereka.

Perasan mereka yang tidak punya makanan serta kemewahan hidup dapat dirasai sedikit oleh mereka yang berpuasa. Kegirangan serta keseronokan berpuasa bila dapat berbuka juga menjadikan satu pelajaran bagaimana perasaan mereka yang kelaparan mendapat bantuan makanan dan minuman. 

Justeru, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada  barisan Ahli Jawatan Kuasa MNI dan PPTP, yang telah sama-sama menzahirkan inisiatif dan keperihatinan dengan mengadakan majlis berbuka puasa termasuk sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf setempat. Tentunya ia amat bermakna kepada golongan yang kurang bernasib baik, terutama ketika sambutan Aidilfitri. Semoga usaha murni seperti ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Saya juga tidak akan lupa mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para dermawan yang telah menyumbang melalui Madrasah Nuril Iman untuk di sampaikan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf. Di samping dua kumpulan sasar tersebut, Madrasah Nuril Iman juga tidak melupakan golongan WargaMas Uzur.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini memohon izin untuk memulakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ybhg Dato Ismail Dollah Harun, yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pelangi, untuk menyampaikan sumbangan bagi pihak Madrasah Nuril Iman dan juga bagi pihak para dermawan sekalian.


Penyampaian sumbangan bermula ... Tn Hj Khamdan (SU MNI) dan Dato Ismail


Individu yang ingin menyampaikan sendiri sumbangan mereka, juga di jemput untuk sama-sama berbaris di hadapan sini.


Penerima anak yatim ... semuga ada keberkatan


 
 Sumbangan daripada MNI di sampaikan oleh Dato Ismail Dollah Harun, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pelangi



Terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang kepada anak-anak yatim tempatan



Lagi penerima katagori anak yatim


 




Terima Kasih kepada YBhg Dato Ismail Dollah Harun yang telah menyampaikan sumbangan bagi pihak Madrasah Nuril Iman dan para dermawan sekalian.

Di ceritan di dalam sebuah hadith dari Riwayat At-Thobroni bahawa “Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi Shallallaahu Alaihi wa Sallam dalam keadaan mengeluhkan  kerana ia merasa hatinya keras. Lalu Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu dicukupkan? Maka kata Nabi saw, kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu akan menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi”.

Seterusnya penyampaian sumbangan kepada golongan Asnaf. Dengan itu di jemput sekali YBhg Dato Ismail Dollah Harun untuk menyampaikan sumbangan, yang merupakan sedikit sumbangan daripada Madrasah Nuril Iman dan sumbangan dari para dermawan.


Penerima golongan asnaf


Lagi penerima dari golongan asnaf


Penerima golongan asnaf ... terima kasih
 
Maksud firman Allah swt, dalam ayat ke 19, surah Adz-Dzariyat “Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapatkan bahagian”.

Manakala dalam sebuah hadith riwayat At-Tirmidzi, Nabi saw bersabda yang bermaksud “Ada tiga hal yang aku bersumpah, maka hafalkanlah, yaitu tidak akan berkurang harta mereka karena bersedekah, tidak ada seorang hamba pun yang dizalimi kemudian ia bersabar, pasti Allah akan menambahkan kemuliaan, dan tidak ada seorang hamba pun yang membuka pintu meminta-minta, kecuali Allah akan membukakan baginya pintu kefakiran.”


Majlis di teruskan dengan penyampaian sumbangan kepada WargaMas Uzur. Sekali lagi di jemput DIDH untuk menyampaikan sumbangan. Namun warga Mas uzur tiada yang hadir adan in shaa Allah sumbangan akan di hantar terus ke rumah masing-masing.

Dengan selesainya penyampaian sumbangan kepada golongan WargaMas Uzur, majlis penyampaian sumbangan pada petang ini selesailah sudah.

Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Tidak lupa kepada semua para dermawan yang telah menyumbang, semuga sumbangan kalian di beri ganjaran dan keberkatan oleh Allah swt. Aaaamiiin.

Dengan itu saya menjemput semua anak-anak yatim beserta pengiring dan Jemaah muslimin dan muslimat untuk mengambil tempat duduk di ruang legar sambil menunggu masuknya waktu berbuka puasa.

Saya akhiri majlis petang ini dengan, wabillahhitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Anak-anak yatim menunggu waktu berbuka puasa


Muslimat juga menunggu waktu berbuka puasa




Jemaah muslimin ... menunggu waktu berbuka puasa

Waktu berbuka puasa hari itu ialah 7.21 petang


Di catat oleh Pengerusi MNI.

Sekian, terima kasih.

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H)

Ibadah Qurban MNI 2018 (1439H). Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 40, yang bermaksud "dan sesungguhnya Allah akan...